Tugas Utama Para Nabi
April 21, 2008 at 9:53 am 1 comment
Dari pembelajaran kuliah Tafsir minggu ini, surah al-Jumuah ayat 2 menyentuh tugas utama para nabi. Tugas pertama tilawah, mengajar membaca al-quran sehingga fasih iaitu fasaha bagi penjagaan makna bahasa al-quran, adalah amat penting kerana ia mengandungi suruhan2 Allah dan peringatan bagi seluruh alam. Perutusan nabi yang Ummi adalah penjagaan maslahat al-Quran itu sendiri dan ia merupakan perancangan Allah dalam memantapkan kebenaran yang Rasulullah bawa melalui penerimaan wahyu dari Jibrail.
Tugas kedua Ta’lim: mengeluarkan maknanya dan mengajarkan Isi kandungannya yang merupakan program hidup manusia yang telah dijadualkan dan ditetapkan oleh Allah.
Tugas ketiga Nabi Yuzakkii him, daripada perkataan tazkiyah: penyucian jiwa, yang dilakukan oleh nabi ialah dengan cara mentarbiah para sahabat selama 13 tahun yang dapat mengubah karakter jahiliyah kepada orang yang paling mulia dlm sejarah ketemadunan manusia. Keperluan kepada penyucian jiwa yang dilakukan dengan kaedah pentarbiahan yang dilakukan oleh nabi merupakan manhaj atau model terbaik kepada pembinaan kejiwaan manusia. Keperluan kepada tarbiyah ini amat diperlukan memandangkan manusia memiliki kecenderungan nafsu kepada yang tidak baik, maka senantiasa berlaku pertarungan antara nafsu ammarah dan nafsu mahmudah. Dan ini memerlukan kepada peringatan yg berulang-ulang daripada seorang pendidik (murobbi) dan proses tarbiyah ini memakan masa yg agak panjang dan berterusan. Ini merupakan kaedah pembelajaran dalam islam yg amat memberi penekanan kepada keseimbangan akal dan jiwa bagi menjalani kehidupan yang tidak melampaui batas dan senantiasa berada diatas landasan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Keberuntungan kaum quraish dalam pemilihan nabi dikalangan mereka telah mengangkat mereka ke tahap mulia. Tetapi Nabi juga menyebut akan kemuliaan Salaman Alfarsi yang berbangsa parsi dan juga orang yang kemudian iaitu segolongan manusia yang beriman kepada segala ajaran Rasulullah tanpa dapat menatap wajah nabi yang dijanjikan syurga tanpa hisab. Tujuan Rasulullah menyebut akan kelebihan kaum-kaum lain adalah bagi memberi penekanan kepada ketinggian taqwa seseorang yang mengangkat seseorang itu pada penilaian Allah bukan pada kelebihan bangsa itu sendiri. Pentarbiyahan nabi yg berlandaskan kekuatan aqidah telah berjaya menghapuskan unsur-unsur asabiyah iaitu fanatik kepada sesuatu bangsa itu yang bersifat jahiliyah dalam bangsa Arab dan seterusnya mereka berjaya mencapai kekuatan luarbiasa menentang musuh-musuh Islam sehingga Islam dapat disebarkan ke seluruh pelusuk alam.
Kedatangan Nabi di kalangan orang Arab bukan sahaja menentukan hala tuju kepada penduduk Arab, tetapi untuk semua umat manusia jadikan panduan kehidupan di dunia dan diakhirat.
Entry filed under: Perbincangan Ilmiah. Tags: .

1. harith | January 15, 2010 at 10:56 am
sekadar perkongsian..
Jika diperhatikan benar2 ayat 2 surah al-hujurat, tugas Nabi apabila diutus adalah untuk:
1. memperdengarkan ayat2Nya
2. mensucikan mereka
3. dan mengajar mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah
urutan ini adalah penting untuk diperhatikan kerana ia memperdalamkan lagi tasawwur dan kefahaman kita tentang manhaj/kaedah tarbiyyah Nabi SAW.
Untuk penjelasan lanjut, boleh lihat video yang telah saya kongsikan di blog saya:
http://baitussyifa.wordpress.com/2009/11/07/change-di-mana-titik-mula/
aseef atas kekurangan
salam ukhuwwah..