Archive for October, 2008

3 Perkara

Perkara yang amat penting saya perolehi dari penulis Dr. Aidh Abdullah di dalam bukunya yang menyentuh tentang ilmu.

Ilmu yang benar akan membawa kamu kepada 3 perkara:

1. Ma’rifatullah

Mengetahui nama-namaNya dan sifatNya yang tinggi sehingga engkau menjadi takut dan segan kepadaNya.

Apabila ilmumu ternyata belum membuatmu menjadi takut kepada Allah, maka sedarlah bahawa sesungguhnya engkau belumlah seorang yang berilmu.

2. Mengenali apa-apa yang disukai dan diridhai oleh Allah S.W.T. dalam segala hal.

3. Menyeru orang-orang lain untuk ikut mengetahuinya, di mana engkau menjadi lebih bersemangat untuk menyebarkannya kepada orang ramai dan tidak berkeinginan untuk menyembunyikannya.

Di mana-mana kelas, kuliah, program atau kursus yang kita hadiri, pastinya ilmu/maklumat yang kita terima akan pergi begitu sahaja sekiranya kita tidak menyampaikan, dan mengajarkannya kepada orang lain. Maka kita hanya akan merugikan masa dan duit kita. Kalau tak salah saya peribahasa melayu mengatakan ‘dalam memberi kita merasa/menerima’ amatlah benar sekali.

October 26, 2008 at 3:04 am Leave a comment

Beza Zikir Malaikat dengan Zikir Manusia

Malaikat bertasbih, bertahmid dan bertakbir tanpa henti-henti dan berterusan, dan itulah bentuk zikir malaikat. Zikir manusia pula, Allah berikan dalam bentuk amalan yang pelbagai, bersesuaian dengan sifat manusiawi yang berjiwa besar. Sebagai contoh zikir dalam bentuk membaca al-Quran, berinteraksi dengan manusia, ziarah umpamanya, dalam kita bertaharah, menjaga kebersihan, kesihatan, amar ma’ruf nahi munkar. Allah begitu memahami makhlukNya, dimana manusia itu akan mudah rasa jemu jika melakukan sesuatu perkara yang sama dalam masa yang amat lama. Maka Allah menganugerahkan pahala kepada amalan-amalan soleh yang kita lakukan dan amalan soleh ini adalah tabiat iman itu sendiri, syarat bagi hamba-hambaNya yang mukmin. Kita ambil kata-kata al-Shahid Hassan Al-Banna, yang mengatakan kerja kita lebih banyak berbanding dengan masa yang kita ada. Maka marilah kita semua senantiasa memperbaharui (tajdid) niat kita untuk sentiasa tingkatkan amalan kita kepada peringkat ubudiyah, perhambaan kita kepada Allah.

Amalan-amalan soleh yang kita lakukan adalah sepatutnya memberi kesan dalam kehidupan kita. Merasa akan taqarubnya kita kepada Allah, maka berlakulah perubahan sikap dalam diri kita. Jika kita merasakan bertambah dekatnya diri kita kepada Allah dengan bertambahnya pembacaan al-Quran, maka hendaklah juga meningkatnya perubahan dalam diri kita, sebagai contoh akhlak keperibadian kita menjaga silaturrahim sesama kita dalam meningkatkan ketaatan kita kepada Allah. Kerana dengan menyempurnakan hak atau hubungan sesama manusia merupakan saham kepada hubungan kita dengan Allah. Wallahua’alam.

October 22, 2008 at 9:59 am 2 comments


Recent Posts

Categories

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.