Pastikan makanan anda halalan thoyyiban.
June 29, 2009
| Salam,
Maklumat penting untuk dikongsi kepada semua umat Islam yang prihatin tentang pengambilan makanan yang halal lagi baik. Berserta FAQ dari laman web HDC. http://e-halal. hdcglobal. com/ Logo Halal selain dikeluarkan oleh Jakim/HDC atau Halal negeri sahaja diiktiraf dan sah, yang lain tidak diiktiraf sah akan kehalalannya. . ianya samada dibuat untuk keuntungan,menipu dsbnya. Takrifan Halal: http://e-halal. hdcglobal. com/corporate. php?ID=109&parent_id=91 Pork Free = Tak Halal Senarai terkini syarikat yang telah mendapat pengesahan sijil halal daripada HDC. Aduan : Jawapan : http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Asalamu’alaykum, Saya ingin bertanya samada logo halal tu hanya di keluarkan oleh pihak HDC sahaja atau sebaliknya. Ini adalah kerana kebanyakkan premis restoran di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya mempamirkan logo halal “South east asia Islamic Council” yang beralamat di Taman Tun Dr Ismail, KL. Jawapan : http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Adakah sah halal – kedai2/produk2 yang mempunya logo halal south east asia. Jawapan : Salam, Badan Islam tersebut tidak diiktiraf JAKIM. Terima kasih. http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Tuan, Saya ada sedikit kemusykilan yang ingin diajukan kepada pihak tuan. Minggu lepas saya ke sebuah shopping kompleks (The Summit, Subang Jaya). Saya lihat ada beberapa kedai makan yang mempamerkan Logo HALAL daripada South East Asia Council…kedai makan seperti Mr. Teppanyaki, Station Kopitiam dan beberapa kedai lagi. Soalan saya, adakah Logo Halal dari SEA ini diiktirafkan di Malaysia? Seperkara lagi, saya melihat ada 2 kedai makan yang mempamerkan Logo Halal tetapi tiada pengesahan kod & juga tanda JAKIM. Yang tertera di antara logo tersebut adalah Makanan Halal! Tanda tersebut begitu mengelirukan umat Islam. Saya berharap pihak Jakim dapat membuat pemantauan ke atas kedai2 makan yang meletakkan tanda halal sewenang2nya untuk keuntungan pihak2 yang tertentu. Sekian, Terima Kasih. Yang Benar Tarikh Aduan : 27/08/2007 – 16:45:07 Jawapan : http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Salaam, 1. senarai aduan yang disediakan dlm website jakim tiada jawapan dr pihak jakim sendiri. patutkah kami percaya? 2. apa beza status halal yang di keluarkan jakim dan logo halal yang di keluarkan oleh ‘islamic comitte of south east asia’ yang berpusat di ttdi, kl di bawah bahtera lagenda? sekian Jawapan :
http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Saya ingin bertanya tentang sijil halal bagi WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam. Adakah premis ini mendapat sijil pengesahan halal bagi semua produck dan bagi semua outlet? Jawapan : http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Diminta pihak Jakim dapat mengesahkan status kehalalan produk Old Town White Coffee 3 in 1 Classic (no. kod bar # 9555076303001) dan Old Town White Milk Tea 3 in 1 (no. kod bar # 9555076303018) yang dikilangkan oleh White Cafe Sdn. Bhd. dan beralamat di No. 1, Persiaran Tasek Timur 6, Taman Medan Bercham, 31400, Ipoh, Perak. Saya inginkan kepastian. Sekian dan terima kasih. Jawapan : Salam, Syarikat tersebut bukanlah pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Oleh itu, syarikat tersebut tidak boleh menggunakan logo halal JAKIM. Namun tidak dapat dipastikan sekiranya syarikat tersebut ada mendaftar halal dengan Jabatan Agama Negeri dan menggunakan logo halal Jabatan Agama Negeri. Terima kasih http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Assalam… ini kali ke2 saya membuat aduan berkenaa product Old Town white coffee yg di kilangkan oleh White Cafe Sdn Bhd. Saya telah menyemak di Halal Jakim untuk produk ini tp tidak terdapat pengesahan halal sedangkan di bungkusan minuman tersebut ada terdapat logo halal. Jawapan : Salam, Syarikat tersebut merupakan pemegang sijil pengesahan halal Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Harap maklum
http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Assalammualaikum. ..saya ingin tanya kepada pihak jakim…kedai CHICKEN RICE SHOP adakah halal untuk umat islam makan makanan di kedai itu? Jawapan : Assalamualaikum. . The Chicken Rice Shop (TCRS) mendapat pengesahan halal Malaysia.Kesemua outlet dan dapur utama telah mendapat pengesahan halal. Syarikat ini dedikasi di dalam mematuhi prosedur pensijilan halal Malaysia. Sekian, terima kasih
http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : adakah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co? Jawapan : Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Assalamualaikum. Saya ingin bertanya status HALAL pruduk J.CO Donuts yang terdapat di PAVILLION K.Lumpur Tiada logo HALAL atau status NON-HALAL. Ramai orang Islam pergi beli. Jawapan : Wassalam, JAKIM tidak dapat memastikan statusnya kerana premis tersebut bukan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah dan tiada rekod di dalam sistem JAKIM. Pengguna digalakkan menggunakan produk yang mempunyai pengesahan halal JAKIM kerana JAKIM sentiasa memantau dan memeriksa syarikat pengeluar tersebut dari masa ke semasa. Terima kasih.
http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Harap dapat periksa kembali sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat cocoaland yang mengeluarkan lot100 gummy yang dijual berleluasa dengan harga yang murah. kandungannya meragukan kerana mengandungi GELATIN yang ditulis HALAL. harap dapat perhatian. Jawapan : Salam, Hasil pemeriksaan kami, kami dapati gelatine yang digunakan adalah dari Halagel yang mendapat pengesahan halal dari JAKIM. Namun jika terdapat aduan lengkap yang menyatakan syarikat tersebut ada menggunakan sumber gelatine selain yang diisytiharkan, pihak JAKIM akan mengambil tindakan.Terima kasih. http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Asalamualaikum, Kandungannya tercatit Gelatine Bovine Source. Maknanya punca dari lembu. Macamana JAKIM boleh berikan sijil halal? Tertera di pembalut dan kotak loga halal Malaysia Barcode: 9 556296 300993 Harap dapat siasat dan ambil tindakan segera. Terima kasih. Jawapan : Salam, Gelatine yang digunakan oleh syarikat tersebut adalah halal kerana ia diperolehi dari Halagel yang sememangnya disahkan halal. Sumber gelatine tidak semestinya haram kerana dari sumber bovine yang telah disahkan sembelihannya mengikut syarak adalah halal dimakan.Syarikat tersebut juga menjalani pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan syarikat tersebut mematuhi prosedur pensijilan halal.Terima kasih. http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Snek kanak-kanak kek cokelat London Choco Roll di bawah syarikat LONBISCO pembungkus berwarna ungu mengandungi Emulsifier kod E471 yg saya difahamkan mengandungi lemak babi. Namun, produk ini mengandungi logo halal & sedang rancak diiklankan di televisyen. Mohon pihak anda untuk menyiasat tentang perkara ini & sekiranya tidak halal untuk dimakan oleh umat Islam, tolong wartakan segera agar kandungan haram tersebut tidak menjadi darah daging Muslim. Sekiranya pemahaman saya tentang E471 tersebut salah, usah diperbesarkan hal ini & maklumkan saya melalui emel di atas. Sekian, terima kasih di atas kerjasama anda. Jawapan : Assalamualaikum LONDON BISCUITS BERHAD adalah pemegang sijil halal HDC, tempoh sah sijil sehinggga 15/07/2009 E471 tidak semestinya mengandungi lemak khinzir. Ia adalah kod pengemulsi bagi Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate (Mono- and diglycerides of fatty acids) . Bahan ini boleh dihasilkan daripada tumbuhan (sawit) dan haiwan. Jika produk tersebut telah mendapat pengesahan halal, sudah pasti E471 tersebut dihasilkan daripada sumber yang halal. Terima kasih.
http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Saya ada mendapat email menyatakan produk Ayam AA ditarik balik status halal. Adakah dakwaan itu benar dan saya minta kekeliruan ini dihebahkan kerana satakat ini saya tidak dapat mencari laporan yang official mengenainya. Saya cuba cari di direktori tetapi tiada yang berkaitan produk Ayam AA. Jawapan : Produk Ayam AA telah ditarik sijil halal oleh Jab Agama Islam Negeri Perak. Pihak Jakim/HDC tidak mengeluarkan sijil halal untuk syarikat tersebut.Jab Agama Islam yang mengeluarkan sijil halal untuk syarikat Ayam AA. Terima kasih
http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php?&a=U Aduan : Assalamu’alaykum. ……… .boleh saya pastikan chesdale da keluaran new zealand yang menggunakan bahan rennet adalah halal atau tidak kerana sudah tersebar mengatakan bahan ini yang digunakan untuk membekukan cheese adalah menggunakan bahan dari bahagian khinzir….. ……. Jawapan : Wassalam, Jenama keju yang tuan nyatakan telah mendapat pengesahan halal dari Badan Islam luar negara yang diiktiraf JAKIM. Malaysia tiada pengeluar keju.JAKIM hanya memberi pengesahan halal terhadap produk tempatan bagi melancarkan proses pemeriksaan dan pemantauan. Namun bagi produk luar negara, terdapat beberapa Badan Islam luar negara yang diiktiraf. Untuk mengetahui senarai Badan Islam tersebut, sila lawati laman web halal JAKIM. Terima kasih. Aduan : saya adalah pelanggan tetap di restoren jepun Sushi King sdn bhd. saya kerap bertandang ke tempat tersebut hampir setiap hujung minggu. baru-baru ini saya mendapat kejutan dari pekerja premis tersebut yang beragama islam memaklumkan kepada saya yang terdapat makanan di premis tersebut adalah tidak halal kerana mengandungi sejenis arak iaitu mirin. selain itu, status bahan mentah seperti ayam dan daging juga diragui kehalalannya kerana paket membungkus dari pengilang tidak tertera logo halal dari jakim. dan juga produk beasaskan ikan , ikan sebelah dan belut juga idkhuatiri tidak halal kerana produk tersebut ialah produk siap dari kilang. mendengarkan berita ini saya merasa sungguh terkejut, dan bila diperhatikan tiada sebarang logo halal ditampal di tempat tersebut. terdetik dalam hati saya bagaimanakah sekiranya makanan ini tidak halal. bagaimana dengan beribu orang islam yang menjadi pelanggan seperti saya ini. kebetulan pada masa itu terdapat satu keluarga yang berpakaian berserban berjubah dan berpurdah turut menjadi pelanggan. saya mohon agar perkara ini dapat disiasat oleh pihak tuan bagi membebaskan umat islam dari perkara haram ini. Jawapan : Untuk pengetahuan tuan, syarikat tersebut tidak/belum mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM sehingga Januari 2008. Tuan boleh lawati laman web JAKIM www.halal.gov. my untuk mendapatkan status pengeluar makanan halal di Malaysia serta badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM. Syarikat atau premis yang mempunyai sijil pengesahan halal JAKIM dimestikan mempamerkan sijil asal dan logo halal JAKIM di premis mereka bagi memudahkan pengguna dan pihak lain. Terima kasih di atas aduan pihak tuan. Harap maklum. |
Entry Filed under: Perkongsian Maklumat. .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed