About
Blog ini ditujukan khas kepada sahabat-sahabat yang mencari-cari jalan menuju kepada Penciptanya. Dan moga-moga jalan yang kita pilih ini adalah jalan yang benar-benar lurus, yang akhirnya akan membawa diri kita kepada Allah. Iaitu jalan yang akan membawa kita menjalani kehidupan yang diredhai Allah, kehidupan yang menepati ajaran Nabi kita Muhammad SAW.
Sedikit latar belakang tentang diri saya.
Seorang ibu yang mempunyai tiga cahaya mata. Suami bernama Hanizan Hassan. Anak pertama ialah Muhammad Haziq, kedua ialah Nur Farhana dan ketiga adalah Nur Humaira. Pemegang ijazah sarjana muda di dalam Management Information System dari California State University, Long Beach di California, USA. Telah bekerja lebih kurang 10 tahun dengan PETRONAS. Suka membaca buku-buku yang boleh meningkatkan pengetahuan tidak kira subjek dan menyertai kegiatan-kegiatan di dalam NGO yang disertai.
1. NIZAM | September 12, 2009 at 11:07 am
Salam..
nak tanya di manakah boleh saya belajar kitab al hikam? kalau tahu tempat kuliahnya bolehlah bagitau saya
sekian terima kasih
2. wardiatie soetikno | May 20, 2012 at 1:46 am
Let me join this group