Posts filed under ‘Tafsir’

Mesej yang terkandung didalam surah al-Fatihah (2)

Sambungan Surah al-fatihah dari minggu lepas.

Ustazah masih menyentuh tentang asas Aqidah dalam ayat ke 3-4.

1. Al-Rahman al-Rahiim, yang merupakan pujukan Pencipta kepada hamba-hambaNya supaya jangan lari daripada Allah yang menciptakan semua makhlukNya dengah fitrah berkasih sayang, dan hidup dengan penuh harmoni hatta haiwan sekalipun. Kecuali apabila berlakunya perlanggaran dalam norma kehidupan.

2. Maaliki yaumiddiin yang bermaksud penguasa di hari Qiamat/pembalasan iaitu hari manusia membayar hutang-hutang. Perkataan diin berasal dian, iaitu hutang, di mana hutang manusia yang menangguh-nangguh, bermalas-malasan di masa hidupnya di dunia, dan apabila sampai hayatnya didunia, dia tidak sempat menunaikan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Dan Al-Quran berperanan sebagai peguambela juga sebagai pendakwa bergantung kepada cara mana manusia itu memperlakukannya di dunia ini.

3. Ayat 1-4 ini bermula dengan mengenal Allah, dan berakhir dengan adanya hari pembalasan. Segala keputusan yang manusia ambil dan lakukan yang pasti semuanya kan kembali kepada perhitungan Allah di hari pembalasan nanti.

4. Di dalam ayat 5, iyyaka na’budu wa iyya ka nastai’iin terkandung asas ibadah. Perlakuan manusia dengan ibadah-ibadah khusus merupakan bukti perhambaan seorang makhluq kepada PenciptaNya. Amalan kerja hanya akan dinaik taraf kepada ibadah sekiranya mengikuti dan mencukupi syarat-syarat yang telah ditetapkan Allah. Contoh, seorang muslimah yang pergi bekerja kerana Allah, menjaga adab pergaulannya di tempat kerja dan mengikuti segala syarat-syarat yang ditetapkan shariat akan diterima Allah sebagai ibadah dan akan memperolehi pahala.

5. Hidup adalah untuk ubudiyyah, mengabdikan diri kepada Allah. Contoh dalam ibadah umum, amar ma’ruf nahi mungkar dan dalam menjaga silaturrahim semuanya diniatkan kerana Allah. Dan dalam melakukan ibadah, kita amatlah dituntut memohon pertolongan Allah, menandakan sifat tawadhu’ seorang hamba dalam mentaati Allah dengan jayanya adalah dengan adanya pertolongan dari Allah.

6. Segala usaha yang dicapai oleh hambaNya bukan dengan hasil usaha sendiri tetapi dengan izin dan pertolongan dari Allah.

7. Asas ke 3 dalam ayat 6 ialah asas al-Toriq (jalan), Ihdinas siratol mustaqiim iaitu jalan-jalan orang-orang yang istiqamah itu adalah yang sebenarnya, al-Haq. Hadith Rasulullah SAW, jalan menuju ke syurga ialah iman berserta taqwa.

8. Asas ke 4 dalam ayat 7 ialah asas Manhaj, siratollazi naana’mta a’laihim. Jalan orang-orang yang mendapat ni’mat dari Allah, kekal di Akhirat. Terdapat 5 golongan yang Allah janjikan ni’mat itu. 1. Para Nabi dan Rasul, 2. Para Shuhada’, 3. Para Sadiqiin, 4. Para Ulama’ dan Auliya’, dank e 5, Para solihiin dan Muslih.

9. Asas ke 5, sambungan dari ayat 8, ghairil maghdhubi a’laihim wa ladhaalliin, bermaksud, bukan orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan orang-orang yang sesat. Asas kesesatan, Allah menyatakan dua kaum yang Allah murka iaitu pertama kaum Yahudi, bangsa yang telah diberi petunjuk dan penerangan. Mereka merupakan bangsa yang berilmu tetapi fasik, melanggar sesuatu dalam pengetahuannya, dan mengingkari perintah-perintah Allah. Manakala kaum yang sesat pula ialah nasrani iaitu saki baki kaum Yahudi yang berasal dari satu tempat bernama Nusra. Merupakan golongan terakhir dari kaum Yahudi dari Nabi Isa yang enggan mengikuti ajaran Nabi Isa. Mereka ini golongan yang kurang berilmu berbanding dengan kaum Yahudi dimana mereka ini hanya mengikuti agama nenek moyang mereka yang telah diseleweng, dimana mereka memilih untuk mengasingkan diri menjadi rahib di biara-biara. Mereka dipanggil ummiyyiin, buta Injil, tidak mengambil keseluruhan ajaran nabi Isa, meninggalkan seruan jihad dan beramal tanpa ilmu.

10. Ayat ini juga sebagai peringatan kepada kita semua supaya mengambil pengajaran daripada kedua-dua kaum ini supaya kita tidak mensifati perangai yang dimurkai Allah dan sesat ini. Wallahu A’lam.

June 24, 2009 at 10:30 am Leave a comment


Recent Posts

Categories

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.